PERMOHONAN METER TNB – LULUS DULU BARU BAYAR - KONTRAKTOR ELEKTRIK BERDAFTAR - 0139214322

SYARAT MOHON METER

1. Sebelum buat permohonan, rumah/premis perlulah siap terlebih dahulu atau 90% siap dan selamat . Jangan tak buat lagi nak mohon meter kekal dah. Kalau untuk kegunaan pembinaan. Perlu buat permohonan meter sementara.
2. Menepati spec piawaian pepasangan meter, siap wiring ,DB , papan meter megikut spec yang di ditetapkan oleh tnb
3. tidak terlibat kawasan low voltage. Ada kawasan yang tnb tak dapat memberikan bekalan kerana supply yang dibekalkan tidak cukup untuk diberikan kepada pengguna
4. ⁠memiliki kelulusan merancang/ lesen majlis/cukai taksiran bagi permohonan komersil di sesetengah kawasan

Pastikan permohonan anda kategori yang betul.Permohonan Group Supply / Permohonan Bekalan Elektrik Secara Berkumpulan adalah permohonan baru bagi premis yang tidak pernah ada meter atau tidak ada cable TNB. Jika sebelum ni pernah ada meter, anda perlu buat permohonan existing/ meter sedia ada.
Group Supply / Permohonan Bekalan Elektrik Secara Berkumpulan adalah diwajibkan melalui kontraktor atau pemaju. Bermaksud hanya kontraktor yang boleh membuat permohonan dan tak boleh buat sendiri.

Group supply Bagi permohonan baru,terdapat 2 pecahan harga yang perlu anda bayar

  1. Bayaran kepada TNB
    i. Deposit /wang cagaran
    ii. Caj sambungan pengguna (csp)
    iii. Stamp
    ( boleh rujuk jadual harga TNB yang saya buatkan megikut jenis rumah )

  2. Caj kontraktor yang meguruskan

Proses mohon meter TNB Group Supply
  • Lantik kontraktor elektrik berdaftar TNB (Registered Electrical Contractor – REC)

  • Kontraktor akan buat permohonan melalui sistem myTNB for Contractors di bawah kategori “Group Application”

  • TNB akan semak dokumen & keperluan teknikal

  • TNB keluarkan quotation kos sambungan (infrastruktur + deposit setiap akaun)

  • Pemohon / pemaju buat bayaran

  • Pemasangan infrastruktur (tiang, kabel, substation jika perlu)

  • Pemasangan meter setiap unit/lokasi

  • Bekalan elektrik diaktifkan / Selamat menikmati cahaya

  • Permohonan Group - Permohonan perlu dibuat under estimated, dimana permohonan perlukan pegawai TNB ke site dahulu sebelum kelulusan kepada pengguna. Masa yang diambil mungkin lebih lambat dari permohonan express.

Tempoh Pemasangan Meter Bagi permohonan Group

  • Bergantung kepada skala projek dan keperluan infrastruktur

  • Minimum 4–8 minggu untuk projek kecil

  • Projek besar dengan pencawang baru boleh ambil 3–6 bulan

Kita lihat juga atas kawasan. adakala laju ada kala lambat ,tengok demand juga.

  • Caj sambungan pengguna (CSP) perlu dibayar ke TNB setelah permohonan diluluskan dan caj yang dikenakan adalah bergantung pada skop pemasangan samaada talian atas (overhead) iaitu antara tiang ke papan meter atau talian bawah tanah (underground). Untuk talian atas kos tiang adalah percuma dan tiada penambahan caj tiang dikenakan oleh pihak TNB. Permohonan bagi cable overhead dan underground harga tak sama .

    • Domestik/Rumah

    1 Fasa

    Baru – RM 450 ( Overhead )
    RM 1700 ( Underground )

    • Domestik 3 fasa

    Baru dan naik taraf – RM 750 ( Overhead )
    RM 1700 ( Underground )

    • Komersil 1 Fasa

    Baru – RM 450

    • Komersil 3 Fasa

    Baru dan naik taraf – RM 1700

  • Caj Cagaran Deposit meter juga perlu dibayar ke TNB setelah sambungan elektrik dibuat oleh pihak TNB. Deposit meter yang dikenakan pula bergantung pada jenis rumah samaada meter 1 fasa atau meter 3 fasa dan bagi premis perniagaan pula bergantung pada kehendak maksima penggunaan bebanan (maximum demand).wang deposit boleh dikembalikan jika pengguna tutup account .

  • Duti setem RM10, ini biasanya bermaksud dokumen yang dimeterai itu adalah dalam kategori kadar tetap (bukan berdasarkan nilai tunai seperti jual beli rumah)

HARGA BAYARAN METER TNB - PERMOHONAN GROUP

Harga pembayaran TNB boleh rujuk jadual dibawah. Pembayaran TNB boleh dibayar terus Kepada TNB tanpa melalui Kontrator . Cuma caj kontraktor perlu dibayar terus kepada kontraktor selepas lulus. Syarikat kami merupakan syarikat kontraktor elektrik berdaftar dibawah suruhanjaya tenaga (ST) , CIDB dan TNB.

Perhatian : Harga dibawah adalah untuk premis baru yang tidak pernah ada meter. Tidak termasuk cas pegurusan Kontraktor .

Caj sambungan pengguna untuk underground adalah RM 1700 ,1 phase dan 3 phase adalah sama .

Caj tambahan tiang untuk permohonan TNB

Setakat ni tiang adalah percuma walaupun banyak tetapi megikut keperluan untuk permohonan meter , tiang adalah HAK TNB bukan individu . TNB berhak memberi jika diperlukan dan tidak memberi jika tidak memerlukan

Caj permohonan meter Group

CONTOH :Rumah Kampung 1Fasa

  • Duty Stamp: RM 10

  • CSP : RM 450

  • Deposit RM 170

    • RM 630 1 unit

Harga dan proses pembayaran

Submit - TNB site visit dulu- keluar harga dari TNB - bayar - pasang cable/tiang - siap pasang cable - kita akan submit sekali lagi untuk meter dan penama- tnb pasang- siap menikmati cahaya dan tenaga

lulus cable oleh TNB, bayar
RM 450 x 6 = RM 2700
Total RM 2700 👈

Dah siap cable, kita akan masukkan meter,bayar
RM 180 x 6 = RM 1080

SIAP

Jadi harga keseluruhan bergantung kepada jenis rumah, dan berapa fasa bekalan dikendaki.
Bergantung pada kejauhan dan kesusahan permohonan.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai harga. 0139214322 (BANI VENTURE) www.wasap.my/60139214322

Document yang diperlukan untuk mohon meter TNB atas nama INDIVIDU

  • Cadangan Alamat :

  • No tel :

  • Email :

  • location

  • ic pemohon(marking for tnb/ kegunaan tnb)

  • dokumen tanah /geran/carian rasmi/snp/aggremnt/cukai/apa apa yg boleh dijadikan bukti pemilikan

  • bil api jiran terdekat

  • Document boleh bagi dalam bentuk pdf atau gambar , janji jelas

  • Jika staff TNB boleh berikan ID staff untuk dapatkan free deposit

Document yang diperlukan untuk mohon meter TNB Atas nama Syarikat / perniagaan

  • Cadangan Alamat :

  • No tel :

  • Email :

  • location

  • ic wakil (marking for tnb/ kegunaan tnb)

  • dokumen tanah /geran/carian rasmi/snp/aggremnt/cukai/apa apa yg boleh dijadikan bukti pemilikan

  • bil api jiran terdekat

  • SSM dan Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Borang D) dan Carian Profil Bisnes Terkini oleh SSM atau Permohonan Pendaftaran Untuk Sebuah Syarikat (Seksyen 14) dan Notis Pendaftaran (Seksyen 15);atau Syarikat (Borang 9);

    atau Sijil Pemerbadanan Penukaran Nama Syarikat (Borang 13) dan Pengarah Urusan Syarikat (Borang 49); atau sijil pendaftaran pertubuhan , koperasi atau firma guaman

  • Document boleh bagi dalam bentuk pdf atau gambar , janji jelas

  • Jika staff TNB boleh berikan ID staff untuk dapatkan free deposit

APPLY MOHON METER TNB

Permohonan Meter TNB terbahagi kepada 2 iaitu :
  • Domestik (rumah kediaman)
  • Komersial (perniagaan)
Bila sebut “permohonan group TNB”, biasanya dalam istilah TNB ia merujuk kepada Permohonan Bekalan Elektrik Secara Berkumpulan (Group Supply Application).TNB telah menetapkan jika permohonan lebih dari 1 unit perlu buat permohonan secara grouping
Jenis permohonan ini digunakan bila beberapa unit / lot / rumah memohon sambungan bekalan dalam satu projek atau kawasan yang sama.

Contoh:

  • Pemaju perumahan memohon untuk semua rumah sekali gus

  • Pemilik tanah lot kampung nak pasang bekalan untuk beberapa rumah dalam satu pelan

  • Tapak perniagaan yang ada banyak lot kedai

Dan sedia maklum, proses akan lambat sedikit . Sbb permohonan group tak sama macam 1 unit( express ) , permohonan group adalah permohonan sekali gus . Seperti rumah taman/perumahan, dan senang TNB untuk aturkan kerja seperti saiz cable,perancangan tiang dan kemampuan bekalan

Cara Permohonan Bekalan Elektrik TNB Berkumpulan (Group Supply).

💡 Tips

  • Untuk projek kecil (contoh: 3–5 rumah kampung), kos sambungan akan dikongsi oleh semua pemohon

  • Untuk projek perumahan besar, kos infrastruktur biasanya ditanggung pemaju

  • Lebih baik semua dokumen lengkap dari awal untuk elakkan kelewatan

RINGKASAN CARA MOHON METER TNB - PERMOHONAN BARU / NEWBLY BUILD

  1. Permohonan meter group Wajib melalui kontrakor atau pemaju

  2. perlu bayar deposit + caj sambungan + stamp + caj kontrakor megikut jenis premis yang telah ditetapkan oleh TNB

  3. Premis haruslah siap atau siap 80%

  4. Tempoh pemasangan 4 minggu ke 6 bulan

  5. Wajib berurusan dengan kontraktor dan meyerahkan document kepada kontraktor

woman wearing yellow long-sleeved dress under white clouds and blue sky during daytime

Perkhidmatan yang sangat baik, proses permohonan meter elektrik TNB sangat cepat.

Ali Rahman

Four utility meters mounted on a brick wall, connected by a series of pipes and fittings. The scene is dimly lit, casting shadows on the wall and the meters.
Four utility meters mounted on a brick wall, connected by a series of pipes and fittings. The scene is dimly lit, casting shadows on the wall and the meters.

Sangat berpuas hati dengan servis bani venture, semua permohonan meter elektrik TNB bani venture uruskan.

Siti Aisyah

An analog utility meter is mounted on the exterior wall of a building. In front of the meter, there is a lush green shrub with broad leaves. The wall is covered with white siding, creating a clean and orderly background.
An analog utility meter is mounted on the exterior wall of a building. In front of the meter, there is a lush green shrub with broad leaves. The wall is covered with white siding, creating a clean and orderly background.
★★★★★
★★★★★