PERMOHONAN METER TNB – LULUS DULU BARU BAYAR - KONTRAKTOR ELEKTRIK BERDAFTAR - 0139214322

CARA MOHON METER ELEKTRIK TNB NEWBLY BUILD - PERMOHONAN METER TNB BARU

CARA PERMOHONAN METER TNB BARU DAN HARGA BAYARAN 2026 SELURUH MALAYSIA

SYARAT MOHON METER

1. Sebelum buat permohonan, rumah/premis perlulah siap terlebih dahulu atau 90% siap dan selamat . Jangan tak buat lagi nak mohon meter kekal dah. Kalau untuk kegunaan pembinaan. Perlu buat permohonan meter sementara.
2. Menepati spec piawaian pepasangan meter, siap wiring ,DB , papan meter megikut spec yang di ditetapkan oleh tnb
3. tidak terlibat kawasan low voltage. Ada kawasan yang tnb tak dapat memberikan bekalan kerana supply yang dibekalkan tidak cukup untuk diberikan kepada pengguna
4. ⁠memiliki kelulusan merancang/ lesen majlis/cukai taksiran bagi permohonan komersil di sesetengah kawasan

Pastikan permohonan anda kategori yang betul.Permohonan Meter Baru / Newly Build adalah permohonan baru bagi premis yang tidak pernah ada meter atau tidak ada cable TNB. Jika sebelum ni pernah ada meter, anda perlu buat permohonan existing/ meter sedia ada.

Permohonan baru / newbly build adalah diwajibkan melalui kontraktor. Bermaksud hanya kontraktor yang boleh membuat permohonan dan tak boleh buat sendiri.

Bagi permohonan baru,terdapat 2 pecahan harga yang perlu anda bayar

  1. Bayaran kepada TNB
    i. Deposit /wang cagaran
    ii. Caj sambungan pengguna (csp)
    iii. Stamp
    ( boleh rujuk jadual harga TNB yang saya buatkan megikut jenis rumah )

  2. Caj kontraktor yang meguruskan

Proses mohon meter TNB

Site Visit – Peyerahan Document – Submit – Lulus - Bayar – pasang – SIAP

Proses permohonan meter baru bergantung jenis permohonan

  • EXPRESS - Proses permohonan meter express adalah permohonan overhead 3 batang tiang ke bawah dan tidak berada dalam kawasan yang diwartakan low voltage. tidak memerlukan tinjauan pegawai TNB sebelum lulus.

  • ESTIMATED - Jika pergunaan tiang melebihi 4 batang atau underground. Permohonan perlu dibuat under estimated, dimana permohonan perlukan pegawai TNB ke site dahulu sebelum kelulusan kepada pengguna. Masa yang diambil mungkin lebih lambat dari permohonan express.

Tempoh pemasangan meter tnb

  • Tempoh pemasangan bagi permohonan baru adalah 1-14 hari bagi permohonan express dan 21hari permohonan under estimated atau mungkin lebih .

    Kita lihat juga atas kawasan. adakala laju ada kala lambat ,tengok demand juga.

  • Caj sambungan pengguna (CSP) perlu dibayar ke TNB setelah permohonan diluluskan dan caj yang dikenakan adalah bergantung pada skop pemasangan samaada talian atas (overhead) iaitu antara tiang ke papan meter atau talian bawah tanah (underground). Untuk talian atas kos tiang adalah percuma dan tiada penambahan caj tiang dikenakan oleh pihak TNB. Permohonan bagi cable overhead dan underground harga tak sama .

    • Domestik/Rumah

    1 Fasa

    Baru – RM 450 ( Overhead )
    RM 1700 ( Underground )

    • Domestik 3 fasa

    Baru dan naik taraf – RM 750 ( Overhead )
    RM 1700 ( Underground )

    • Komersil 1 Fasa

    Baru – RM 450

    • Komersil 3 Fasa

    Baru dan naik taraf – RM 1700

  • Caj Cagaran Deposit meter juga perlu dibayar ke TNB setelah sambungan elektrik dibuat oleh pihak TNB. Deposit meter yang dikenakan pula bergantung pada jenis rumah samaada meter 1 fasa atau meter 3 fasa dan bagi premis perniagaan pula bergantung pada kehendak maksima penggunaan bebanan (maximum demand).wang deposit boleh dikembalikan jika pengguna tutup account .

  • Duti setem RM10, ini biasanya bermaksud dokumen yang dimeterai itu adalah dalam kategori kadar tetap (bukan berdasarkan nilai tunai seperti jual beli rumah)

HARGA BAYARAN METER TNB - PERMOHONAN BARU

Harga pembayaran TNB boleh rujuk jadual dibawah. Pembayaran TNB boleh dibayar terus Kepada TNB tanpa melalui Kontrator . Cuma caj kontraktor perlu dibayar terus kepada kontraktor selepas lulus. Syarikat kami merupakan syarikat kontraktor elektrik berdaftar dibawah suruhanjaya tenaga (ST) , CIDB dan TNB.

Perhatian : Harga dibawah adalah untuk premis baru yang tidak pernah ada meter. Tidak termasuk cas pegurusan Kontraktor .

Caj sambungan pengguna untuk underground adalah RM 1700 ,1 phase dan 3 phase adalah sama .

Caj tambahan tiang untuk permohonan TNB

Setakat ni tiang adalah percuma walaupun banyak tetapi megikut keperluan untuk permohonan meter , tiang adalah HAK TNB bukan individu . TNB berhak memberi jika diperlukan dan tidak memberi jika tidak memerlukan

Caj Kontraktor permohonan meter TNB

Satu fasa : RM 150 ke 300

Tiga fasa : RM 200 ke 400

Jadi harga keseluruhan bergantung kepada jenis rumah, dan berapa fasa bekalan dikendaki.
Bergantung pada kejauhan dan kesusahan permohonan.

CONTOH : Rumah Kampung 1Fasa

  • Deposit :RM 170

  • Duty Stamp: RM 10

  • CSP : RM 450

  • Caj Pegurusan Kontraktor : RM 200

  • Total : RM 830 Sahaja


Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai harga. 0139214322 (BANI VENTURE) www.wasap.my/60139214322

Akhir sekali. Permohonan setiap kawasan adalah tak sama megikut document dan keperluan di tapak bagi permohonan meter megikut tnb setiap kawasan.
Jangan risau, boleh pm kita untuk maklumat lanjut

Prosedur Mohon meter TNB

Harga pembayaran TNB boleh rujuk jadual diatas. Pembayaran TNB boleh dibayar terus Kepada TNB tanpa melalui Kontrator . Cuma caj kontraktor perlu dibayar terus kepada kontraktor selepas lulus. Syarikat kami merupakan syarikat kontraktor elektrik berdaftar dibawah suruhanjaya tenaga (ST) dan TNB.

Document yang diperlukan untuk mohon meter TNB atas nama INDIVIDU

  • Cadangan Alamat :

  • No tel :

  • Email :

  • location

  • ic pemohon(marking for tnb/ kegunaan tnb)

  • dokumen tanah /geran/carian rasmi/snp/aggremnt/cukai/apa apa yg boleh dijadikan bukti pemilikan

  • bil api jiran terdekat

  • Document boleh bagi dalam bentuk pdf atau gambar , janji jelas

  • Jika staff TNB boleh berikan ID staff untuk dapatkan free deposit

Document yang diperlukan untuk mohon meter TNB Atas nama Syarikat / perniagaan

  • Cadangan Alamat :

  • No tel :

  • Email :

  • location

  • ic wakil (marking for tnb/ kegunaan tnb)

  • dokumen tanah /geran/carian rasmi/snp/aggremnt/cukai/apa apa yg boleh dijadikan bukti pemilikan

  • bil api jiran terdekat

  • SSM dan Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Borang D) dan Carian Profil Bisnes Terkini oleh SSM atau Permohonan Pendaftaran Untuk Sebuah Syarikat (Seksyen 14) dan Notis Pendaftaran (Seksyen 15);atau Syarikat (Borang 9);

    atau Sijil Pemerbadanan Penukaran Nama Syarikat (Borang 13) dan Pengarah Urusan Syarikat (Borang 49); atau sijil pendaftaran pertubuhan , koperasi atau firma guaman

  • Document boleh bagi dalam bentuk pdf atau gambar , janji jelas

  • Jika staff TNB boleh berikan ID staff untuk dapatkan free deposit

APPLY MOHON METER TNB

Permohonan Meter TNB terbahagi kepada 2 iaitu :
  • Domestik (rumah kediaman)
  • Komersial (perniagaan)

RINGKASAN CARA MOHON METER TNB - PERMOHONAN BARU / NEWBLY BUILD

  1. Permohonan meter baru Wajib melalui kontrakor

  2. perlu bayar deposit + caj sambungan + stamp + caj kontrakor megikut jenis premis yang telah ditetapkan oleh TNB

  3. Tiang TNB adalah percuma megikut keperluan premis / tapak

  4. Premis haruslah siap atau siap 80%

  5. Tempoh pemasangan 1-14 hari bekerja jika permohonan express

  6. Wajib berurusan dengan kontraktor dan meyerahkan document kepada kontraktor

PERMOHONAN METER TNB – LULUS DULU BARU BAYAR

Menyediakan perkhidmatan

  • Permohonan Meter Elektrik TNB rumah Baru dan lama / projek / perumahan / Kedai

  • Permohonan meter Elektrik TNB 1Fasa dan 3Fasa

  • Tukar Nama Meter TNB

  • Permohonan naik taraf meter Elektrik TNB

  • Permohonan bekalan elektrik sementara

  • Kerja Upgrade meter TNB

  • Wiring dan Troubleshot

  • Megesahkan kelulusan pembinaan / Sign Dan Cop kelulusan elektrikal CF / G7


SERVIS SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA
LULUS BARU BAYAR | KONTRAKTOR YANG DIPERCAYAI | KONTRAKTOR BUMIPUTERA

PILIHAN TUAN RUMAH, WIREMAN , KONTRAKTOR PEMBINAAN SERTA PEMAJU

KONTRAKTOR MOHON METER TNB NO 1 MALAYSIA

SEBARANG PERTANYAAN , QUOTATION DAN SARANAN , BOLEH TERUS HUBUNGI :
Sila call/whatsApp : 0139214322
www.wasap.my/60139214322

Kami adalah Kontraktor Elektrik berdaftar TNB, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan CIDB menawarkan perkhidmatan Permohonan Meter TNB.

Berpengalaman dalam menjalankan perkhidmatan Permohonan Meter TNB untuk rumah, kedai, Kilang , premis kerajaan , kuarters , pencawang telco , kebun , perumahan , projek dan pejabat.

Sila Whatsapp kami untuk pertanyaan pemasangan meter TNB

Untuk pegesahan kontraktor berdaftar

Carian: https://myaccount.mytnb.com.my/search/searchstcontractors

woman wearing yellow long-sleeved dress under white clouds and blue sky during daytime

Perkhidmatan yang sangat baik, proses permohonan meter elektrik TNB sangat cepat.

Ali Rahman

Four utility meters mounted on a brick wall, connected by a series of pipes and fittings. The scene is dimly lit, casting shadows on the wall and the meters.
Four utility meters mounted on a brick wall, connected by a series of pipes and fittings. The scene is dimly lit, casting shadows on the wall and the meters.

Sangat berpuas hati dengan servis bani venture, semua permohonan meter elektrik TNB bani venture uruskan.

Siti Aisyah

An analog utility meter is mounted on the exterior wall of a building. In front of the meter, there is a lush green shrub with broad leaves. The wall is covered with white siding, creating a clean and orderly background.
An analog utility meter is mounted on the exterior wall of a building. In front of the meter, there is a lush green shrub with broad leaves. The wall is covered with white siding, creating a clean and orderly background.
★★★★★
★★★★★