PERMOHONAN METER TNB – LULUS DULU BARU BAYAR - KONTRAKTOR ELEKTRIK BERDAFTAR - 0139214322

APPLY MOHON METER TNB - TEMPORARY SUPPLY

PERMOHONAN METER TNB – LULUS DULU BARU BAYAR

APPLY MOHON METER TNB - TEMPORARY SUPPLY



Pastikan permohonan anda kategori yang betul.meter sementara (Temporary Supply) adalah sama dengan Permohonan Meter Baru / Newly Build yang tidak pernah ada meter atau tidak ada cable TNB. Jika sebelum ni pernah ada meter, anda perlu buat permohonan existing/ meter sedia ada.

Permohonan Meter sementara (Temporary Supply) adalah diwajibkan melalui kontraktor. Bermaksud hanya kontraktor yang boleh membuat permohonan dan tak boleh buat sendiri.

Untuk mohon meter sementara (Temporary Supply) dengan TNB, biasanya digunakan untuk projek pembinaan, event sementara, tapak pasar malam, atau kerja sementara yang perlukan elektrik.
Proses dia lebih kurang macam mohon meter biasa, cuma kategori dia Bekalan Elektrik Sementara (Temporary Supply)

💡 Tips Penting:
  • Pastikan guna kontraktor elektrik berdaftar dengan TNB (Competent Person) – Boleh terus contact Bani Venture

  • Permohonan biasanya ambil 5–21 hari bekerja bergantung lokasi & kesediaan bekalan.

  • Temporary supply ada had tempoh (contoh: 3 bulan, 6 bulan, setahun) dan boleh dilanjutkan jika perlu..

  • Bayaran meter adalah kategori kedai / komersial

  • spec meter sementara adalah lain dari permohonan kekal, spec megikut TNB kawasan yang telah ditetapkan.kebayakkan papan meter perlu berada di tiang atau underground , dan wajib ada pembinaan untuk pepasangan elektrik

  • Meter sementara tidak dibenarkan dijadikan meter kekal, perlu terminate meter sementara dan mohon meter kekal

Langkah Mohon Temporary Supply TNB

1. Lengkapkan Tapak dan Document dan Submit permohonan

  • Tapak perlulah dalam keadaan ready untuk mohon meter siap pendawaian, papan meter dan pekara yang berkaitan

  • sediakan document yang diperlukan oleh TNB


2. Proses Penilaian TNB

  • TNB akan semak dokumen & lokasi.

  • Jika lengkap, TNB akan keluarkan quotation (kos sambungan + deposit) – deposit lebih tinggi berbanding meter biasa sebab tempoh pendek.

  • Bayaran deposit & caj perlu dijelaskan sebelum kerja sambungan dilakukan.

3. Pemasangan Meter Sementara

  • Kontraktor elektrik akan buat pemasangan tiang/meter sementara.

  • TNB akan sambung bekalan selepas pemasangan lulus pemeriksaan.

3. Penamatan

  • Selepas projek/event tamat, pemohon perlu maklumkan TNB untuk terminate temporary supply.

  • Deposit akan dipulangkan selepas bil akhir diselesaikan.

Bagi permohonan baru,terdapat 2 pecahan harga yang perlu anda bayar

  1. Bayaran kepada TNB
    i. Deposit /wang cagaran
    ii. Caj sambungan pengguna (csp)
    iii. Stamp
    ( boleh rujuk jadual harga TNB yang saya buatkan megikut jenis rumah )

  2. Caj kontraktor yang meguruskan

HARGA BAYARAN METER TNB - PERMOHONAN BARU

Harga pembayaran TNB boleh rujuk jadual dibawah. Pembayaran TNB boleh dibayar terus Kepada TNB tanpa melalui Kontrator . Cuma caj kontraktor perlu dibayar terus kepada kontraktor selepas lulus. Syarikat kami merupakan syarikat kontraktor elektrik berdaftar dibawah suruhanjaya tenaga (ST) , CIDB dan TNB.

Perhatian : Harga dibawah adalah untuk premis baru yang tidak pernah ada meter. Tidak termasuk cas pegurusan Kontraktor .

Caj sambungan pengguna untuk underground adalah RM 1700 ,1 phase dan 3 phase adalah sama .

HARGA MOHON METER TNB
HARGA MOHON METER TNB

Kesimpulannya, anda perlu plan dengan sebaik mungkin , bagi saya jika mohon untuk rumah yang pembinaannya tak lama, anda perlu ambik kira juga berbaloi atau tidak

contoh : untuk rumah spnb, kalau nak apply meter sementara,tak berbaloi

  • nak dapat meter lambat kdg2 kat sbulan juga,

  • tak boleh bawa ke kekal. kena terminated dan mohon meter kekal

  • tempoh pembinaan rumah spnb tak lama

  • kos hangus banyak, untuk meter sementara stanby 2k juga , bulan2 nak kena bayar dan tinggi sikit sebab rate komersil

  • cadangan baik beli genset untuk buat kerja atau pakai api jiran terdekat

Proses mohon meter TNB

Site Visit – Peyerahan Document – Submit – Lulus - Bayar – pasang – SIAP

Proses permohonan meter baru bergantung jenis permohonan

  • ESTIMATED - Permohonan Meter Sementara / Temporary supply . Permohonan perlu dibuat under estimated, dimana permohonan perlukan pegawai TNB ke site dahulu sebelum kelulusan kepada pengguna. Masa yang diambil mungkin lebih lambat dari permohonan express.

  • Caj sambungan pengguna (CSP) perlu dibayar ke TNB setelah permohonan diluluskan dan caj yang dikenakan adalah bergantung pada skop pemasangan samaada talian atas (overhead) iaitu antara tiang ke papan meter atau talian bawah tanah (underground). Untuk talian atas kos tiang adalah percuma dan tiada penambahan caj tiang dikenakan oleh pihak TNB. Permohonan bagi cable overhead dan underground harga tak sama .

    • Domestik/Rumah

    1 Fasa

    Baru – RM 450 ( Overhead )
    RM 1700 ( Underground )

    • Domestik 3 fasa

    Baru dan naik taraf – RM 750 ( Overhead )
    RM 1700 ( Underground )

    • Komersil 1 Fasa

    Baru – RM 450

    • Komersil 3 Fasa

    Baru dan naik taraf – RM 1700

  • Caj Cagaran Deposit meter juga perlu dibayar ke TNB setelah sambungan elektrik dibuat oleh pihak TNB. Deposit meter yang dikenakan pula bergantung pada jenis rumah samaada meter 1 fasa atau meter 3 fasa dan bagi premis perniagaan pula bergantung pada kehendak maksima penggunaan bebanan (maximum demand).wang deposit boleh dikembalikan jika pengguna tutup account .

  • Duti setem RM10, ini biasanya bermaksud dokumen yang dimeterai itu adalah dalam kategori kadar tetap (bukan berdasarkan nilai tunai seperti jual beli rumah)

Document yang diperlukan untuk mohon meter TNB atas nama INDIVIDU

  • Cadangan Alamat :

  • No tel :

  • Email :

  • location

  • ic pemohon(marking for tnb/ kegunaan tnb)

  • dokumen tanah /geran/carian rasmi/snp/aggremnt/cukai/apa apa yg boleh dijadikan bukti pemilikan

  • bil api jiran terdekat

  • Document boleh bagi dalam bentuk pdf atau gambar , janji jelas

  • Jika staff TNB boleh berikan ID staff untuk dapatkan free deposit

Document yang diperlukan untuk mohon meter TNB Atas nama Syarikat / perniagaan

  • Cadangan Alamat :

  • No tel :

  • Email :

  • location

  • ic wakil (marking for tnb/ kegunaan tnb)

  • dokumen tanah /geran/carian rasmi/snp/aggremnt/cukai/apa apa yg boleh dijadikan bukti pemilikan

  • bil api jiran terdekat

  • SSM dan Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Borang D) dan Carian Profil Bisnes Terkini oleh SSM atau Permohonan Pendaftaran Untuk Sebuah Syarikat (Seksyen 14) dan Notis Pendaftaran (Seksyen 15);atau Syarikat (Borang 9);

    atau Sijil Pemerbadanan Penukaran Nama Syarikat (Borang 13) dan Pengarah Urusan Syarikat (Borang 49); atau sijil pendaftaran pertubuhan , koperasi atau firma guaman

  • Document boleh bagi dalam bentuk pdf atau gambar , janji jelas

  • Jika staff TNB boleh berikan ID staff untuk dapatkan free deposit

HARGA MOHON METER TNB
HARGA MOHON METER TNB
DOCUMENT PASANG METER TNB
DOCUMENT PASANG METER TNB
JENIS METER
JENIS METER

PERMOHONAN METER TNB – LULUS DULU BARU BAYAR

Menyediakan perkhidmatan

  • Permohonan Meter Elektrik TNB rumah Baru dan lama / projek / perumahan / Kedai

  • Permohonan meter Elektrik TNB 1Fasa dan 3Fasa

  • Tukar Nama Meter TNB

  • Permohonan naik taraf meter Elektrik TNB

  • Permohonan bekalan elektrik sementara

  • Kerja Upgrade meter TNB

  • Wiring dan Troubleshot

  • Megesahkan kelulusan pembinaan / Sign Dan Cop kelulusan elektrikal CF / G7


SERVIS SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA
LULUS BARU BAYAR | KONTRAKTOR YANG DIPERCAYAI | KONTRAKTOR BUMIPUTERA

PILIHAN TUAN RUMAH, WIREMAN , KONTRAKTOR PEMBINAAN SERTA PEMAJU

KONTRAKTOR MOHON METER TNB NO 1 MALAYSIA

SEBARANG PERTANYAAN , QUOTATION DAN SARANAN , BOLEH TERUS HUBUNGI :
Sila call/whatsApp : 0139214322
www.wasap.my/60139214322

Kami adalah Kontraktor Elektrik berdaftar TNB, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan CIDB menawarkan perkhidmatan Permohonan Meter TNB.

Berpengalaman dalam menjalankan perkhidmatan Permohonan Meter TNB untuk rumah, kedai, Kilang , premis kerajaan , kuarters , pencawang telco , kebun , perumahan , projek dan pejabat.

Sila Whatsapp kami untuk pertanyaan pemasangan meter TNB

Untuk pegesahan kontraktor berdaftar

Carian: https://myaccount.mytnb.com.my/search/searchstcontractors

MOHON METER TNB
MOHON METER TNB
woman wearing yellow long-sleeved dress under white clouds and blue sky during daytime

Perkhidmatan yang sangat baik, proses permohonan meter elektrik TNB sangat cepat.

Ali Rahman

Four utility meters mounted on a brick wall, connected by a series of pipes and fittings. The scene is dimly lit, casting shadows on the wall and the meters.
Four utility meters mounted on a brick wall, connected by a series of pipes and fittings. The scene is dimly lit, casting shadows on the wall and the meters.

Sangat berpuas hati dengan servis bani venture, semua permohonan meter elektrik TNB bani venture uruskan.

Siti Aisyah

An analog utility meter is mounted on the exterior wall of a building. In front of the meter, there is a lush green shrub with broad leaves. The wall is covered with white siding, creating a clean and orderly background.
An analog utility meter is mounted on the exterior wall of a building. In front of the meter, there is a lush green shrub with broad leaves. The wall is covered with white siding, creating a clean and orderly background.
★★★★★
★★★★★