PERMOHONAN METER TNB – LULUS DULU BARU BAYAR - KONTRAKTOR ELEKTRIK BERDAFTAR - 0139214322
Cara Alihkan Meter Elektrik TNB (Pindah Lokasi Meter)
Kami menyediakan servis pemindahan meter elektrik TNB untuk rumah dan premis perniagaan secara selamat, sah dan mengikut spesifikasi TNB. Urusan dikendalikan oleh kontraktor elektrik berdaftar Suruhanjaya Tenaga, termasuk pemeriksaan tapak, penyediaan dokumen, permohonan kepada TNB sehingga kerja siap dan bekalan disambung semula.
8/17/20211 min read
1. Kenal pasti sebab pemindahan
Meter TNB boleh dialihkan atas sebab berikut:
Renovasi rumah / ubah suai dapur, pagar, porch
Meter terlalu dekat dengan kawasan basah / bahaya
Laluan masuk terhalang / faktor keselamatan
Keperluan estetik (kemasan luar rumah)
2. Lantik kontraktor elektrik berdaftar
Pemindahan meter wajib diurus oleh:
Kontraktor Elektrik berdaftar Suruhanjaya Tenaga (ST)
Berpengalaman urusan dengan TNB
Kontraktor akan:
Buat pemeriksaan tapak
Cadang lokasi baharu ikut spesifikasi TNB
Sediakan lukisan & dokumen sokongan
3. Sediakan dokumen diperlukan
Biasanya TNB akan minta:
Salinan IC pemilik premis
Bil elektrik terkini
Geran tanah / dokumen pemilikan / bil jiran terdekat
Gambar lokasi meter asal & lokasi baharu
Borang permohonan (diuruskan kontraktor)
4. Permohonan kepada TNB
Permohonan dihantar melalui sistem TNB oleh kontraktor
TNB akan buat semakan & lawatan tapak (jika perlu)
Sebut harga / caj akan dimaklumkan
5. Kerja pemindahan meter
Selepas kelulusan:
Bekalan elektrik akan diputus sementara
Kerja pendawaian & pemindahan meter dijalankan
TNB akan buat sambungan semula & pengesahan
6. Bekalan disambung semula
Meter aktif semula di lokasi baharu
Ujian keselamatan dibuat
Proses selesai
Anggaran Tempoh
Kelulusan & proses: 3 – 10 hari bekerja
Kerja di tapak: 1 hari (bergantung keadaan)




